Scrappy blog.

Everything. Anything.

Bilis goreng halia

Hari ni malas nak keluar beli makan so kita masak aje. Menu hari ini ialah bilis goreng halia. Bilis goreng halia ni bagus untuk mereka2 yang dalam pantang sebab menu ni la yang aku masak untuk bini aku masa dia dalam pantang danial, anak kedua aku.
So, terus ke bahan2 nya. Of course la ye, ikan bilis. Ikan bilis ni ada memacam, yg murah, yg mahal dan yg sesuai untuk menu ni adalah, jeng…jeng…jeng… yang senang untuk korang goreng… kui kui kui… untuk aku yg malas ni, bilis yang dah di kopek/siang. Tapi untuk lebih best, guna bilis yang kecik-kecik tu, bilis yang selalu orang guna untuk nasi lemak.
Ok, berapa banyak nak guna tu ikut korang, segenggam boleh, bayak2 pun takpe, sebab kalau betul goreng nya, bilis halia ni boleh tahan lama. Since yang makan cuma kami empat beranak je, so aku amik segenggam besar, orang jawa kata secaruk. Jangan lupa basuh dulu, buang apa apa yang tak patut.

20130120-194355.jpg
Seterusnya bahan yang nak di buat bumbu. Aku guna dua ulas bawang putih, tiga ulas bawang merah, satu hingga dua inci (agak2 je ikut suka) halia. Kesemua bahan ni kita tumbuk (aku prefer tumbuk lagi dari blender sebab takde added water untuk blend tu kan).

20130121-022252.jpg
Mulakan dengan menumbuk halia sebab halia ni banyak sangat serat dia, so tumbuk sampai betul2 lumat lagi2 la kalau halia tu stok lama punya, nak kering dh kan, lagi liat serat dia. Pastu barula masukkan bawang putih dan kemudian bawang merah. Jangan lupa masukkan garam ketika menumbuk ni, dalam sesudu teh gitu, separuh pun takpe sebab ikan bilis tu sendiri dah masin.

Sebelum kita menumis bumbu tu, kita kene goreng dulu bilis tadi, make sure masak and rangup. Pastu angkat and tunggu minyak dia tos.

Then kita tumis bumbu tadi tu beserta bawang merah yang di hiris dan 5 lada kering yg digunting2 agak2 dalam 1-2 cm gitu la sampai la naik bau.

20130213-140323.jpg

Pastu masukkan la bilis goreng tu tadi, gaul2 ala kadar sampai sume rata then angkat. Maka jadi la bilis goreng halia…

20130213-140455.jpg

No Comments »

Aku tak jual ALSDII murah lagi

Oleh kerana sebab-sebab yang tidak dapat di elakkan, aku dh tak jual alsdII dengan harga murah lagi, paling murah pun rm190. Tapi kalau nak murah, pm la, kot-kot aku boleh ejasss.

No Comments »

Baca betul-betul.

Persoalan: Surat memberhentikan bantuan OKU

baca betul2

Kalau tak baca betul2 ni, boleh jadi salah paham.

Aku terperasan post ni kat facebook aku.

Surat untuk Encik Frusis Lebi (OKU).

Mula-mula baca, panas gak.

Tapi bila kubaca sekali lagi dengan tenang, baru aku sedar.

Dalam surat ni tertulis “Saya memohon agar…”, maknanya tak dipotong lagi la bantuan kawan tu, kan?

Cuma perkara surat tu yang akan mengelirukan kerana “MEMBERHENTIKAN SEMUA BANTUAN…”

 

Pada perspektif aku

Pada pendapat aku yang tak seberapa ni, adalah tidak mulia untuk pemohon, jika dia memohon agar bantuan yang diberikan kepada Encik Frusis ini diberhentikan hanya kerana dia memberi bantuan kepada seteru pemohon walaupun bantuan yang diterima oleh Encik Frusis Lebi itu diberi oleh kerajaan pusat.

Ini kerana Encik Frusis itu adalah seorang OKU dan jika benar dia layak menerima bantuan, dia sepatutnya mendapat hak dia sebagai penerima bantuan OKU. Terpulanglah kepada Encik Frusis macam mana dia nak guna duit bantuan tersebut. Andaikata perkara yang dilakukannya itu dirasakan lebih bermanfaat kepada dirinya, maka itulah yang terbaik untuk Encik Frusis.

Dalam kes ini (seperti apa yang tertulis dalam surat tersebut), bantuan OKU masih belum diberhentikan kerana isi surat ini adalah untuk memohon agar bantuan tersebut diberhentikan. Dan sekirana bantuan tersebut semmemangnya diberhentikan atas alasan yang dipohon, adalah amat tidak berperi kemanusiaan bagi pihak yang bertanggungjawab memberhentikan bantuan itu (atas alasan seperti di dalam surat).

Jadinya, kalau tak dibaca dan dipahamkan betul-betul, maka jelas sekali akan terjadi salah paham dan mudah dieksploitasi oleh pelbagai pihak.

Ekstra perspektif

Secara peribadinya, bak orang putih kata “Don’t bite the hand that feeds you, but if you really want to, feed yourself, then you can bite them”.

No Comments »

Diet – Alpha Lipid SDII pada harga murah

Alpha Lipid SDII

Korang mesti dah tahu pasal Alpha Lipid SDII ni kan? Yang ni la

Alpha Lipid SDII 420g can

Yang ni untuk seminggu satu tin. Harga dia murah, RM170 je kalau beli satu (termasuk shipping). Kalau nak murah lagi, beli la stok sebulan. Nak beli kat mana? http://shop.torboxz.com order terus kat sini.

Kalau beli satu, harga dia jatuh RM170. Jimat RM10.

Kalau beli empat, harga dia jatuh RM167.50. Jimat RM12.5 (Percuma Turbo Shaker bernilai RM10)

Kalau beli enam, harga dia jatuh RM163.83. Jimat RM16.17 (Percuma Turbo Shaker bernilai RM10 + Ketone Strips bernilai RM27)

Shipping percuma.

No Comments »

Puasa enam dan kelebihannya di mata aku yg cetek ilmu agama

Puasa Enam

Kelebihan puasa enam dan buktinya.

Kalau kita tengok, dah banyak dah orang cerita pasal kelebihan dan rahsia puasa enam ni. Semua penerangan itu ditemani dengan hadis-hadis nabi yang sahih. Contohnya post ni, yang aku randomly googled and ada banyak lagi kalau korang rajin cari. Contohnya yang ini. Yang ini pun sama, lagi panjang penerangan yang dikongsi bersama.

Matematik melangkaui Ilmuan di dunia.

[Kredit gambar kepada empunya]

Jadi, apa yang aku nak cerita ni? Read the rest of this entry »

No Comments »