Pengalaman guna BioVCO – buasir
Aku bukan nak memuji mana-mana produk yang aku pakai tapi produk ni memang antara produk yang aku berani rekomen kat orang. Satu famili aku dah guna, bukanlah maksud aku famili mak bapak aku, tapi aku punya famili, bini aku, anak-anak aku, termasuk la aku sendiri pakai (awal-awal setakat buat minyak rambut je).
Tapi bini aku memang makan minyak kelapa dara ni. Ikutkan ceritanya dulu ni, malu nak cerita tapi benda baik kita kongsi sama-sama, dulu ni, time bini aku beranak anak aku yang sulong, dia kena buasir. Aku pelik la, camana dia yang sehat tu boleh kena buasir. Aku pun tanya mak aku, pastu mak aku cakap, “biasala tu kalau pompuan mengandung ke bersalin ke kene buasir, ko laki apa ko tahu…” Dus! Kena aku sebijik. “Nanti baik la tu…” sambung mak aku.
Dengan konfidennya aku pun tak ambik pusing. Cari la ubat ala kadar. Cari punya cari, rupa-rupanya, banyak jugak ubat untuk buasir ni, baru aku tau. Dalam banyak-banyak tu, ubat untuk buasir secara kasarnya terbahagi dua, 1 – makan, 2 – sapu. Of course la ubat makan yang paling berkesan. Aku pun amik satu, mintak kat pharmacist tu yang baik punya (sayang bini
). Time nak bayar tu aku pun tanya, “ni orang menyusu anak boleh makan ke?” pharmacist tu terus je pangkah, “Ooo tak bole oo… breastfeed mom tak bole makan, nanti bahaya baby…!” Nasib baik tak bayar lagi. Sayang punya pasal aku tanya lagi kat pharmacist tu, “ada yang breastfeed mom boleh makan tak?” pharmacist tu then terangkan kat aku, ubat buasir ni, kalau yang jenis makan, preggy and breastfeed mom memang tak boleh makan, tak ada pun ubat yang dibolehkan untuk diorang makan. Sama ada apa dia cakap tu betul or dia malas nak layan aku, aku pun tak tau, bila aku baca kat kotak tu, memang preggy and breastfeed mom tak boleh makan.
So, option yang tinggal ialah ubat sapu. Pharmacist tu offer krim apa ntah, aku pun tak ingat, yang aku ingat cuma bila nak pakai, sumbat kat dubur dan tekan sampai krim tu keluar. Oleh kerana aku tak puas ati, aku merayau lagi ke farmasi lain, tapi, bak lagu A Ramlie, Harapan Kecewa, begitu la harapan ku time tu. Then aku jumpa minyak Rox. Minyak ni ubat sapu, sama je macam krim tadi, picit masuk dalam dubur. Setelah seminggu pakai, bini aku kata ok la skit, kurang dah ketulan buasir tu. Fuuhh.. lega!
Aku ingatkan panas sampai ke petang, rupanya pagi la dah hujan.. Aku ingat lepas bini aku pakai minyak Rox tu, selesai la problem dia, tapi jauh panggang dari api, buasir tu cuma berkurang je, kalau tak pakai minyak tu lama, macam seminggu ke, buasir tu datang balik, so tiap kali abis, kalau lambat beli je, merana la bini aku. Sian dia. Dan yang paling parah sekali bila datang anak aku nombor dua, makin teruk dia punya buasir. Dah la aku dapat cuti seminggu je, pastu harap weekend. Kebetulan pulak tu UniMAP kene akridet, orang-orang BEM datang, so demi mensettlekan problem yang UniMAP hadapi, cuti kami dibekukan, arahan NC lagi tu. Dah aku tak dapat balik.
Oleh kerana bini aku tak dapat pakai minyak rox tu, maka makin teruk la buasirnya, berak siap menitik-nitik darah tu, sian dia, nangis-nangis call aku. Bingung aku jadinya, dengan kerja lagi, pressure sungguh. Sekali tu bini aku call, dia suruh belikan minyak kelapa dara BioVCO, dia nak try, orang kata minyak ni OK. Aku pun beli la, malas nak membantah, orang tengah sakit, bagikan aje.
Orang putih kata, “every obstacle or problem is a blessing in disguise”, kalau kita orang Islam ni, orang-orang yang Allah sayang ni, ujiannya memang perit, tapi berbahagialah bagi orang-orang yang bersabar dan bertaqwa, ganjarannya amat besar. Alhamdulillah, baru sehari makan (2 sudu pagi dan 2 sudu malam) terus OK. Eh.. Iya ke! cam tak caya je.. tapi bila aku dapat balik kampung, aku tengok bini aku OK je, lebar je senyum, aku pun OK kan je la.
Ops, tunggu kejap, lepas aku balik tu baru la aku terperasan yang minyak kelapa dara tu di ‘makan’ bukan di ‘sapu’. Terus aku tanya bini aku, boleh ke makan ni, kan nak susukan anak lagi, dengan tersenyum bini aku counter, dia cakap bukan orang menyusu badan je boleh makan, orang mengandung pun digalakkan makan. Aku pun tak puas hati, terus aku call empunya produk tu, call call tak dapat pulak. Aku ingatkan scam, time tu pukul 8.30 malam, supposedly ada la kat rumah kan, tapi tak diangkat.
Malam tu, dekat pukul 10 malam dia call balik and dipendekkan cerita aku pun ber’sparring’ dengan tuan punya minyak kelapa dara BioVCO tu, En Johari. Dia pun terangla kat aku, cerita punya cerita aku pun percaya sebab minyak kelapa ni memang dah lama ada, cuma baru sekarang nak dikomersilkan, and aku sendiri pakai dulu kecik-kecik, minyak rambut minyak kelapa, so aku pun rasa kebagusan produk ni memang dair dulu lagi dah terbukti, dari nenek moyang kita, cuma kita yang melupakan asal-usul kita dan lebih terpengaruh dengan barat.
Aku personally amik minyak ni sebagai supplement instead of engineered vitamins or minerals sebab benefits dia tu memang aku dah dapat sebab aku dah guna time kecik-kecik dulu cuma tak sedar. Eventhough ianya minyak, tapi bini aku guna sebagai moisturizer muka dia, and bila dia pakai tu takde la oily muka dia, minak tu seakan-akan evaporate like moisturizer yang lain, tak caya, try la. Nanti aku cerita lain, tu belum lagi anak aku cerita pasal ruam baby aku yang baru lahir dan anak aku yang aku hantar ke pengasuh. Kan aku cakap, satu famili aku pakai minyak ni.
Kalau ko nak order, klik http://www.biovco.com, standard harga sebotol RM34. BIla ko beli sekali ko terus jadi ahli. And ahli dapat diskaun. HEHE. Oh ya, lagi satu, korang kene rajin tengok website ni, harga dia berubah-ubah, bila ko dah jadi ahli, ko dapat diskaun RM1, so harga dia jadi rm33, tapi kalau ko rajin bukak, nanti tiba-tiba harga dia jadi RM32. Betul, tak tipu. Yang penting ko kene rajin bukak. Kalau korang rajin dan nak harga lebih rendah, ko call terus owner dia, En Johari, mana tau ko dapat diskaun lebih, sirius! No phone ada kat website.
Ha ni gambar dia, kalau ko perasan, minyak dia jernih je. Bau sebijik macam sagon kelapa, kalau korang tau sagon la. Tak pun kalau mak korang pernah masak guna minyak kelapa, ha macam tu la rasanya.
Related posts:
- Al kisah : BioVCO dan kayap Tapi yg best tu, kayap tu terus kering lepas pak...
- Al kisah: Darah tinggi dan kisahnya Setelah sekian lama aku tunggu, akhirnya sampai juga aku nya...

zahanm 11:18 pm on April 23, 2011 Permalink |
saya dah bertahun2 mendapat serangan resdong,berbagai2 produk telah saya gunakan seperti permata hijrah,as syifa,sabun susu kambing dan berjenis2 produk lain telah saya gunakan namun sampai sekarang resung muka saya masih belum sembuh (muka menjadi kemerah selalu besin dan selsema dan alah pada makanan laut muka berjerawat kadang2 banyak dan hidung selalu gatal.bolehkah biovco membantu masaalah resdung saya.
berikan sekali no telephone encik johari.
m.azizi 6:06 pm on May 30, 2011 Permalink |
Insya-Allah boleh, anda boleh dapatkan di http://www.biovco.com
rashimah 12:18 am on May 8, 2011 Permalink |
boleh kah minyak ini di ambil bersama2 minuman ksihatan atau vitamin yang lain???
m.azizi 6:02 pm on May 30, 2011 Permalink |
terima kasih kerana bertanya. Ya, minyak ini boleh diambil bersama-sama minuman kesihatan yang lain, tiada masalah.
zam 1:24 pm on July 7, 2011 Permalink |
biovco ni tidak menggemukkan ke..kandungan lemaknya tinggi juga tu.
m.azizi 9:46 am on July 8, 2011 Permalink |
Betul, tapi dia rasanya unsaturated fat.
suna husna 9:54 pm on July 8, 2011 Permalink |
minyak ni tak mengemukkanlah.nama je minyak..tapi dia usaturated oil. n mmg xdak kolestrol. saya dah jadi wakil jualan dah.kalau berada di kawasan kelantan.bolehlah beli terus dengan saya..^^
m.azizi 9:09 am on July 10, 2011 Permalink |
Betul tu.. and kalau guna jadi moisturizer pun ok jugak.. lagi2 kalau anak2 ada ruam, try la..
iema 3:21 pm on August 10, 2011 Permalink |
di mana ade di jual di alor star kalo x beli online?
m.azizi 8:47 am on August 22, 2011 Permalink |
Untuk pengetahuan puan, pemilik perniagaan sudah tidak lagi menyediakan pengedar kerana beberapa masalah terutama dari segi harga. Tapi kalau puan mahu, saya boleh tolong belikan dan tolong hantar ke alor star tanpa charge(saya duk kangar, selalunya saya pegi ke alor star cari barang, maklumlah, di kangar tiada Tesco
).
Rihanna 1:18 am on September 5, 2011 Permalink |
Mana nak dapatkan biovco jika tinggal di area pandan indah kl
m.azizi 12:14 pm on September 10, 2011 Permalink |
Rasanya memang takde wakil penjual, tapi boleh dapati secara online. Jangan risau, tuan punya BioVCO ni sangat boleh dipercayai. dah banyak kali saya beli dari dia.
rinn 2:26 pm on September 29, 2011 Permalink |
resdung utk kanak2 bleh gn x?cara penggunaanye cam ne?
m.azizi 9:50 am on October 6, 2011 Permalink |
Boleh cuba makan macam biasa.
Emma 3:30 pm on October 4, 2011 Permalink |
Mcm mana nak dapat kan biovco ( brunei )
m.azizi 11:01 am on October 6, 2011 Permalink |
Boleh hubungi Hj Idris (+6738815331) atau Mohammad Md. Zain (+6734244344)
apis 1:54 am on November 1, 2011 Permalink |
salam..saya nk tya psl biovco ni..sbnaryer cmna nk guna biovco ni?..kna minum ke atau sapu?..klau guna untuk tujuan shat gn lebatkan rambut, mnum atau sapu?..ada kaedah yg tepat untuk dpt hasil yg mantap?..mekasih..
tya sbb rs bminat nk cuba..
m.azizi 11:56 am on November 1, 2011 Permalink |
Boleh dua-dua. Makan dan sapu. Mcm tu la saya buat. Dulu saya pakai wellaform (minyak rambut) sekarang ni pakai biovco je, teringat zaman kecik2 dulu.
mohd nasirwan 4:52 pm on November 3, 2011 Permalink |
kenape saya no en johari tu xde jawapan?
mohd nasirwan 4:54 pm on November 3, 2011 Permalink |
saya dah cuba telefon berkali-kali tapi tak de org jawab..
m.azizi 10:07 pm on November 4, 2011 Permalink |
Try call siang. Malam ni kadang dia ke surau (dulu saya call kul 8mlm, takde sapa angkat, pastu dia call balik kul10)
m.azizi 10:07 pm on November 4, 2011 Permalink |
nak tanya pasal apa ek?
Sir Marcello 10:58 pm on November 18, 2011 Permalink |
bro..citer kat atas macam tergantung…so, how about ur wife? buasir dia dah okay?
dok google2 termasuk ke sini…dulu ada terlihat pasal minyak nie…tapi cam scam jer…mungkin bila bro leh terangkan/sambungkan kisah kat atas…aku leh try buat supplement…
farah 4:17 pm on November 20, 2011 Permalink |
cam ne nk beli?kat trgganu xde ke?
m.azizi 4:36 pm on November 21, 2011 Permalink |
boleh beli online, nak saya belikan pun boleh..
ezaazis 10:17 pm on December 23, 2011 Permalink |
Kt melaka nk dptkn dri spe?
m.azizi 4:30 pm on December 24, 2011 Permalink |
nak beli online boleh, nak saya belikan pun boleh..
Adam 7:24 pm on January 12, 2012 Permalink |
Assalamualaikum..
Saya nak tanya. Saya ada masalah rambut gugur dan kelemumur. rmbut saya gugur bhgn depan. Dah mcm2 produk saya guna. Syampoo bawang la, Hair pro la, himalaya la. tp yun nam ngn 101 je blum sebab mahal.. haha.. so sy ingt nk cuba la produk ni. kalu saya beli, mcmana cara pengunaan nye ye? adakah sapu saje atau boleh di minum gak? ade x sesape yg kt sini yg ade masalah cm saya dan telah mencuba produk ini ? Berkesan ke x? saya perlukan pendapat anda semua..
Terima kasih.
syu 12:15 pm on January 29, 2012 Permalink |
salam..biovco ni kn brminyak,so x ke nnti akn mengeluarkn jerwat?